Kamis, 20 November 2014

TIPS-TIPS UNTUK PARA QORI' DAN QORI'AH ( PERNAFASAN )

Assalamu'alaikum wr.wb..ha.. kali ini ana akan berbagi tips untuk antum2 nih, yang lagi belajar tilawah untuk menjadi seorang qori' . yang  akan kita bahas dulu adalah tentang  PERNAFASAN.  Untuk menjadi seorang qori' atau qori'ah yang sukses harus memiliki nafas yang panjang, karna dengan nafas yang panjang, kita akan mudah membuat  variasi lagu yang indah dalam membaca alqur'an.

NAFAS
          Nafas adalah satu bagian yang penting dalam seni baca Alquran. Seoarang Qori` Qori`ah yang mempunyai nafas yang panjang akan membaca kesempurnaan dalam bacaannya, akan terhindar dari wakaf (berhenti) yang bukan tempatnya (tanaffus) atau akan terhindar dari akhir bacaan yang terlalu cepat (tergesa-gesa) karena mengejar sampainya nafas.
Oleh karena itu Qori` harus selalu berusaha memelihara dan meningkatkan masalah nafas ini dengan cara-cara sebagai berikut :
      a.    Senam pernapasan
      b.    Lari
      c.    Berenang
setelah selesai melakukan olah raga, kita coba dengan mengeluarkan bunyi suara seperti aaa, iii, uuu, eee, ooo....diukur dengan memakai jam, kuat berapa menit / detik ketika kita mengeluarkan bunyi suara aaa.... , uuu.....
pernafasan tersebut juga ada pembagian yaitu:
 1) pernafasan perut
 2) pernafasan dada

TIPS MEMANJANGKAN NAFAS

1. Tahan Nafas
Nafas terbahagi kepada dua, iaitu nafas perut dan nafas dada. Dalam nafas perut, ketika menarik nafas, perut mengembung, sedangkan dalam nafas dada, ketika nafas ditarik, yang mengembung adalah dada. Teknik yang efektif adalah teknik pernafasan perut. Bukan pernafasan dada.
Setiap hari, lakukan latihan menahan nafas (nafas perut). Contohnya hari ni dapat menahan nafas selama 20 saat, esok 20 saat dan seterusnya. Atau kita boleh ikut cara orang lama, iaitu tahan nafas dalam air seperti dalam kolam/sungai selama mungkin. Insya Allah kalau biasa berlatih, nafas kita akan menjadi panjang. 
Cara kedua pula, senaman Tarik-Tahan-Keluar. Mula-mula, tarik nafas(nafas perut) sedikit demi sedikit selama 10 saat sehingga perut penuh, kemudian tahan selama 10 saat sehingga perut terasa keras dan akhir sekali hembus sedikit demi sedikit selama 10 saat. Kemudian tambahkan kadar pada esokkan harinya pula seperti menjadi 15 saat, 20 saat dan seterusnya.

2. Jaga Pemakanan
Selain itu, pemakanan dan peminuman juga perlu dijaga. Jamal Abdillah bagitau, kalau beliau nak buat persembahan, biasanya beliau akan banyakkan minum air suam dan mengelakkan makan benda2 pedas dan minuman sejuk. Sebab makanan pedas dan minuman sejuk (ais) boleh menyebabkan berhingus dan berkahak. Kahak itu akan menyebabkan suara serak dan nafas menjadi pendek serta semput.

3. Rajinkan Bersenam (Lakukan 3 kali seminggu, 20 minit bagi setiap sesi)
 Dengan bersenam, akan menjadikan badan cergas, pernafasan pun akan jadi teratur. Kalau malas bersenam, nafas akan cepat semput. Selalu joggin pada waktu pagi supaya anda menjadi fit and fresh. Cara-cara berjogging adalah seperti berikut :-
i) Mulakan latihan pertama dengan joggin constantly selama 20 minit. Kemudian latihan kedua tambahkan 5 minit, dan seterusnya.ii) Kalau dah selesa dengan cara i), tambahkan kaedah sprint dalam latihan tersebut. Contohnya anda sprint selama 2 minit selepas berjoggin selama 10 minit.iii) Sebelum melakukan latihan, nafas seperti biasa, dengan menarik dan menghembus nafas ikut hidung. Ketika dan selepas melakukan latihan, bernafas dengan menarik ikut hidung dan menghembus ikut mulut.
Untuk memudahkan latihan, lakukan senaman pada waktu pagi (lepas solat subuh).

4. Jeritan Batin
Ambil baldi atau pergi ke sungai, tarik nafas dalam-dalam, kemudian masukkan kepala dalam air tersebut dan menjerit sekuat mungkin. Lakukan ini beberapa kali dalam sehari, kemudian cuba nyanyikan lagu yang bertempo panjang.
oke....  inilah tips2 melatih pernafasan buat antum2  para qori' dan qoriah..



  




Tidak ada komentar: