Assalamu'alaikum wr.wb..ha.. kali ini ana
akan berbagi tips untuk antum2 nih, yang lagi belajar tilawah untuk menjadi
seorang qori' . yang akan kita bahas dulu adalah tentang PERNAFASAN. Untuk menjadi seorang qori'
atau qori'ah yang sukses harus memiliki nafas yang panjang, karna dengan nafas
yang panjang, kita akan mudah membuat variasi lagu yang indah dalam
membaca alqur'an.
NAFAS
Nafas
adalah satu bagian yang penting dalam seni baca Alquran. Seoarang Qori` Qori`ah
yang mempunyai nafas yang panjang akan membaca kesempurnaan dalam bacaannya,
akan terhindar dari wakaf (berhenti) yang bukan tempatnya (tanaffus) atau akan
terhindar dari akhir bacaan yang terlalu cepat (tergesa-gesa) karena mengejar
sampainya nafas.
Oleh karena itu Qori` harus selalu
berusaha memelihara dan meningkatkan masalah nafas ini dengan cara-cara sebagai
berikut :
a. Senam pernapasan
b. Lari
c. Berenang
setelah selesai melakukan olah raga, kita
coba dengan mengeluarkan bunyi suara seperti aaa, iii, uuu, eee, ooo....diukur
dengan memakai jam, kuat berapa menit / detik ketika kita mengeluarkan bunyi
suara aaa.... , uuu.....
pernafasan tersebut juga ada pembagian yaitu:
1) pernafasan perut
2) pernafasan dada
pernafasan tersebut juga ada pembagian yaitu:
1) pernafasan perut
2) pernafasan dada
TIPS MEMANJANGKAN NAFAS
1. Tahan Nafas
Nafas terbahagi kepada dua, iaitu nafas
perut dan nafas dada. Dalam nafas perut, ketika menarik nafas, perut
mengembung, sedangkan dalam nafas dada, ketika nafas ditarik, yang mengembung
adalah dada. Teknik yang efektif adalah teknik pernafasan perut. Bukan
pernafasan dada.
Setiap hari, lakukan latihan menahan nafas
(nafas perut). Contohnya hari ni dapat menahan nafas selama 20 saat, esok 20
saat dan seterusnya. Atau kita boleh ikut cara orang lama, iaitu tahan nafas
dalam air seperti dalam kolam/sungai selama mungkin. Insya Allah kalau biasa
berlatih, nafas kita akan menjadi panjang.
Cara kedua pula, senaman
Tarik-Tahan-Keluar. Mula-mula, tarik nafas(nafas perut) sedikit demi sedikit
selama 10 saat sehingga perut penuh, kemudian tahan selama 10 saat sehingga
perut terasa keras dan akhir sekali hembus sedikit demi sedikit selama 10 saat.
Kemudian tambahkan kadar pada esokkan harinya pula seperti menjadi 15 saat, 20
saat dan seterusnya.
2. Jaga Pemakanan
Selain itu, pemakanan dan peminuman juga
perlu dijaga. Jamal Abdillah bagitau, kalau beliau nak buat persembahan,
biasanya beliau akan banyakkan minum air suam dan mengelakkan makan benda2
pedas dan minuman sejuk. Sebab makanan pedas dan minuman sejuk (ais) boleh
menyebabkan berhingus dan berkahak. Kahak itu akan menyebabkan suara serak dan
nafas menjadi pendek serta semput.
3. Rajinkan Bersenam (Lakukan 3 kali
seminggu, 20 minit bagi setiap sesi)
Dengan bersenam, akan menjadikan badan
cergas, pernafasan pun akan jadi teratur. Kalau malas bersenam, nafas akan
cepat semput. Selalu joggin pada waktu pagi supaya anda menjadi fit and
fresh. Cara-cara berjogging adalah seperti berikut :-
i) Mulakan latihan pertama dengan joggin
constantly selama 20 minit. Kemudian latihan kedua tambahkan 5 minit, dan
seterusnya.ii) Kalau dah selesa dengan cara i), tambahkan kaedah
sprint dalam latihan tersebut. Contohnya anda sprint selama 2 minit selepas
berjoggin selama 10 minit.iii) Sebelum melakukan latihan, nafas seperti biasa,
dengan menarik dan menghembus nafas ikut hidung. Ketika dan selepas melakukan
latihan, bernafas dengan menarik ikut hidung dan menghembus ikut mulut.
Untuk memudahkan latihan, lakukan senaman
pada waktu pagi (lepas solat subuh).
4. Jeritan Batin
Ambil baldi atau pergi ke sungai, tarik
nafas dalam-dalam, kemudian masukkan kepala dalam air tersebut dan menjerit
sekuat mungkin. Lakukan ini beberapa kali dalam sehari, kemudian cuba nyanyikan
lagu yang bertempo panjang.
oke.... inilah tips2 melatih
pernafasan buat antum2 para qori' dan qoriah..
Tidak ada komentar:
Posting Komentar